widget

Friday, May 18, 2012

Happy birthday Ieykin

Dua hari yang lepas adalah hari lahirku...oh singkatnya masa berlalu da 1/4 abad aku dalam kehidupan dunia ini..tahun ini aku hanya menyambut hari lahirku bersama teman2 rapat sahaja...Aku memanjatkan kesyukuran kerana aku masih mempunyai kawan-kawan rapat seperti Dina, Jenny dan Dayah di KL ni...Kalau di kampung masih ada kawan-kawan yang baik seperti Ella, Imah, Ani dan sepupu, mak sedara, dan mak..orang-orang ini lah yang banyak menggembirakan aku ketika aku suka dan duka...terima kasih semua..Doa sempena hari lahir ini:

Ya Allah, Engkau berikan lah hambamu ini kekuatan mengharungi dunia yang penuh cabaran. Permudahkanlah segala urusan, kurniakanlah rezki yang halal, kesihatan yang baik, kurniakanlah hidayah dan iman serta Engkau tenangkanlah hati hambamu ini. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan selama ini..Nikmat kesihatan, kebahagiaan, kehidupan dan segala nikmat yang nampak mahu pun tidak... Ya Allah, Aku sayangkan orang-orang disekelilingku...kurniakanlah semua orang yang aku sayang nikmatmu yang tidak terhingga...sesungguhnya aku tidak mampu untuk melihat mereka-mereka bersedih..berilah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat..AMEEN..

ieykin
19 Mei 2012 (Sabtu(
9.44 pg
Always Love Uall
"always smile even in the grief"

Selamat hari lahir IeYkin dan tak lupa buat ELLA & MiDaH

Terima Kasih Sahabat...Sedap Kek..Sampai Menjilat Jari..Nyum3

Saturday, May 5, 2012

MARATON MY BFF E-DAY & HARI MERISIK

Minggu lepas 28 & 29 April 2012 dua orang kawan aku telah bertunang dan dirisik...Aku tumpang gembira buat kalian...Pertama sekali, semestinya aku balik kampung untuk meraikan selangkah hari bahagia kawan-kawanku ini..Sayang sekali aku tidak dapat cuti pada 30 Apr. Al-maklumlah baru kerja, da mintak cuti..hihih..mmg la tak dapat.. ^_^ Aku balik kerja hari jumaat, jumpa seseorang yang dah lama aku tak jumpa dan aku trus balik kampung..Aku sampai ke kampung dalam jam satu pagi...kira ok la tu...

28 April 2012 (Sabtu)
Majlis Pertunangan Diyana
Lokasi: Kuala Kangsar Perak

Aku hadir lewat ke rumahnya seperti yang dijanjikan..hihih...aku memang suka terlewat...tapi terlewat-lewat aku pihak lelaki belum hadir lagi...Kemeriahan majlis pertunangan Dina&Jenny amat dirasai...Pelamin kecil berwarna terquois sangat cantik..Senyuman dan debaran Dina semakin dirasai..setibanya aku ke kamar persalinan...menjerit-jerit keriangan berjumpanya dan Nisah...pelbagai gosip diceritakan..kehadiran kawan-kawan seperti aku dan Nisah mengurangkan debaran Dina..tambahan pula waktu Zohor telah pun masuk dan rombongan pertunangan tidak datang lagi..jam hampir menunjukkan jam 3.00 petang, rombongan tidak datang lagi...bertalu-talu aku telefon Jenny...katanya dia menunggu bapa saudaranya di simpang Karai..Walaupun seketika pernantian rombongan lelaki...tetapi rasanya...mak oi..lama tu...Akhirnya rombongan lelaki sampai...perbincangan mengenai wang hantaran dan mas kahwin serta tempoh pertunangan telah dipersetujui...TAHNIAH DINA&JENNY korang telah selamat ditunangkan... ^_^ aku tumpang gembira sebab kedua-duanya sahabat aku..

Pasal hantaran sembilan berbalas lima tak salah biru terquois vs pink, hitam, putih....Semuanya manis-manisan... Hantaran sebanyak RM11,000.00 dan Mas Kahwin RM 1,001.00. Tempoh Pertunangan: 1 tahun..








SEMOGA KALIAN BAHAGIA SELAMANYA..... ^_^ TAHNIAH..

29 April 2012 (Ahad)
Majlis Merisik Nazatul Shella
Lokasi: Kg. Paya Nibong, Ayer Tawar Perak

TAHNIAH Ella&Azmi

Majilis telah berlangsung selepas Zohor di rumah Ella...Seperti biasa aku adalah orang yang lewat dikalangkan sahabatku di kampung..tp syaratnya aku mesti la datang sebelum tetamu jemputan datang...hihihih....Manu makanan mee rebus n wadai kipeng...oohh bestnye banjarian food... Beberapa kejadian tidak diingini berlaku iaitu aku la runner terhebat..pergi beli kek di pekan apabila pihak lelaki membawa kek..oooo....

setelah beberapa perbincangan mengenai bakal majlis petunangan dibuat dan makanan telah dimakan sebakul buah dan kek dijadikan buah tangan untuk di bawa pulang...

Semoga BERBAHAGIA untuk Ella n Azmi... Aku tunggu majlis tunang korang... ^_^

Selesai majlis...aku pulang ke rumah dan bertolak pulang ke KL selepas Magrib...

Walaupun penuh jadualku semasa hari minggu ini..namun aku puas...sempat juga membawa mak ku ke lumut untuk melihat Pesta Laut Lumut...kepulangan yang memuaskan.... ^_^

Sorry...tak ada gambar untuk upload di majlis ella ini... 

ieykin helio... ^_^
SMILE..even in the grief...
6/5/2012 11.40 pagi


Saturday, April 21, 2012

I'm in KL again.... -_-

Dah lama rasanya tidak menulis blog nie....al maklum la sibuk dengan kerja yang tak pernah habis tu....
Baru seminggu aku bermastautin di KL ni...rasa sangat lah boring...dulu masa duk di KL rasa ok dan boleh sesuaikan diri di sini....tapi sekarang semuanya berbeza....berada di KL tapi hati di kampung...Pelbagai masalah aku hadapi selama seminggu di KL ni.....tah la...

Untuk makluman aku dah dapat kerja baru...tapi jiwa aku sentiasa rasa tidak seronok...aku mintak resign dah...tapi ditolak dan aku teruskan jugak kerja di sana...otak aku da gila...tiga hari kerja mintak resign...
Esok aku masuk kerja lagi dan aku akan cuba sesuaikan diri di tempat kerja dan kehidupan di KL nie...

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Mak, Mak Teh, Dina, Ella, Jenny, kakak, sepupu sepapat yang banyak tolong dan bagi support kt aku....

Sekarang ini aku hanya berserah pada ALLAH SWT.... Dia yang Maha Mengetahui di setiap apa yang berlaku...aku berdoa semua yang berlaku dalam hidup aku ada Hikmahnya yang tersembunyi....Mungkin innilah titik permulaaan terhadap Kerjaya aku....Diharap semuanya akan berjalan lancar.... Ameen

Heliotropism
"always smile even in the grief" ^_^
22 Apr 2012 (Sun)
8.30am

Thursday, March 8, 2012

Suddenly Birthday Parti Hibiscus

Happy birthday Ani Hibiscus....
Semalam 8 Mac 2012 suddenly birthday parti untuk Sahabatku Ani.... Nie la budaknye...
Budak nakal walaupun bakal cikgu.. ^_^

Lokasi kami Strawberry Cafe di Sitiawan...Walaupun buat mengejut selepas Ella dan aku baru lepas balik kerja...Imah dan Kawan dia di Tesco..Ani berdating tempat rahsia katanya...tapi sempat jugak kami berjumpa untuk sambut hari lahir Ani yang ke 25... ape pun aku nak wish..

SELAMAT HARI LAHIR ANI YANG KE 25
>>Semoga dipanjangkan umur
>>Dimurahkan Rezki
>>Dikurniakan Kesihatan yang Baik
>>Semoga dapat jodoh yang membawa ke syurga ^_^
>>Semoga Berbahagia selalu
>>Tahniah dapat ice-cream percuma semperna Bufday semalam ^_^

Kawan-kawan & Aku semalam

Ikhlas
Ieykin Helio... ^_^
9/3/2012

Monday, February 27, 2012

Zoo Taiping

Salam... ^_^

Pada 26 Febuari 2012(Ahad). Saya telah berkunjung ke Zoo Taiping Perak bersama kawan baik saya...Ella, Ani, Imah dan adik Ella yang bernama Wawa...setelah lebih 3 tahun tidak berkunjung ke sana...banyak perubahan yang berlaku...binatang pun da bertambah banyak..Kereta api pun best jugak boleh naik banyak kali...Cuma bayaran untuk masuk Zoo je dah naik...Dulu cuma RM4 untuk dewasa kalau tak salah..Keretapi kene RM1... tapi sekarang pakej semua sekali RM12 untuk dewasa.RM 8 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas...Kalau nak bergambar pun cantik jugak..Antara binatang yang melucukan adalah Buaya dan orang utan sebab...buaya tidur tak bergerak-gerak dan orang utan yang buat pose seksi lagi 2..memang melucukan.

Lepas melawat zoo...Kami ke Kuala Sepetang untuk menjamu selera...
Tempat: Mee Banjir Udang Mak Teh
Tahap Kesedapan:  Boleh makan 3.5 drpd 5...(kami tak jumpa lg kedai terbaik)...tapi udang dia mmg banyak le...Harga dia mengikut pinggan...ada RM6, RM10 dan RM12...Kami makan Mee/kuew tiau/bihun banjir Udang RM 10 ^_^

Sekian untuk kali ini...nak sambung kerja... ^_^

Salam,
ieykin ^_^

Kuew Tiau Banjir Udang
Hasilnya Selepas Makan 
Kawan-kawan dan Saya di Zoo
Baru ku tahu Kancil Binatang yang Setia ^_^


Tuesday, January 31, 2012

Gembira ^_^

Hari ini aku gembira sebab baru tau nak letak gambar macam mana...hahahah....tu la dah lama dah baru pandai..lepas ni boleh la aku upload banyak-banyak gambar di setiap cerita aku...Yeah!!

*tu la kuno...orang da lama tau baru kite tau..ape da... ^_^

-ieykin- ^_^

Resepi 1: Masak lemak mandai bersama haruan


Ini makanan pertama kali aku cuba..memang sedap..Makan sampai menjilat jari sedapnye.. Resepi yang telah di ambil dari Mak Teh ku..

Bahan-bahan:

-Ikan Haruan
-Sedikit Mandai (Kulit Cempedak yang telah dibuang Lapisan Kulit Hijau dan direndam selama beberapa hari bersama air garam)
-Bawang merah (di kisar halus)
-1 batang Serai(di ketuk)
-Cili (di ketuk)
-1 Cawan Pati Santan 


Cara masak:

-Rebus Mandai sehingga lembut.
-Masukan bwang merah, serai, dan cili.
 -masukan ikan haruan
-masukan parti santan
-angkat dan hidangkan
*jika tak masam dan masin, pandai-pandai la tambah bagi sedap... ^_^

-ieykin- ^_^