widget

Wednesday, April 15, 2015

Assalamualaikum Blog ku...

Assalamualaikum Semua!!!

Dah tiga tahun aku tinggalkan blog aku keseorangan... Nasib baik blog or Email ku tidak di Blok...  

Saja ja aku nak say Hi... aku ada lima Minit lagi sebelum Pulang kerja... 

Nnt aku update blog aku yup... Hi blog..HiHIHi...

Assalamualaikum...

Ieykin
15 April 2015
5.25pm
Smile Always... ^_^

Monday, September 10, 2012

Dunia atau Manusia yang Kejam?

Angin bertiup kencang dikala hujan turun dengan lebatnya ditengah kota raya Kuala Lumpur ini..

Persoalan yang bermain dalam fikiranku sekarang adalah dunia yang kejam atau manusia yang kejam..? Putaran hidup bumi ini memang mengikut orbit yang ditentukan oleh Allah...Begitu juga dengan aturan hidup manusia, semuanya ditentukan olehNYA. "Percaya qada dan qadar Allah"... "Allah tak akan menguji seseorang jika dia tidak dapat hadapinya".. itu lah perkataan yang aku tengah pengang sekarang ini. Tapi pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup aku..Satu persatu ujian yang diberikan kepada aku...Aku belajar redha dengan ketentuanNYA..

Detik-detik genting seperti ini, barulah aku dapat tahu siapakah yang benar-benar mengambil berat pasal aku. Siapa yang membantu aku ketika susah dan senang...Dan ada juga makhluk yang agak kejam...Ape pun, banyak benda lagi yang aku kene selesaikan dalam hidup ini..

Semoga apa yang terjadi ini dijadikan sebagai satu ikhtibar dan pengajaran hidup. Pengalaman mendewasakan kita.  Terima kasih kepada semua orang sekililingku. Doaku semoga Allah menambahkan rezki kalian dan jasa kalian takboleh dibalas dengan harta benda.

"Ya Allah, aku memohon kepadamu supaya Engkau permudahkanlah segala urusan aku. Engkau murahkanlah rezki aku dan orang-orang disekelilingku. Engkau berkatilah rezki yang Engkau kurniakan.  Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui setiap yang berlaku dan akan berlaku." Amin


Ieykin heliotropism
11/9/2012 Selasa
1.52pm
"Always smile even in the grief"

Sunday, September 9, 2012

Permulaan perhubungan ^_^

Alhamdulillah aku telah bertemu dengan seseorang yang menerima aku seadanya...sesungguhnya pertemuan dengannya diharapkan mendapat keredhaan Allah..

Kutitpkan rasa cinta dan sayang aku terhadapnya, diharap tidak melebihi rasa sayang dan cintaku terhadap Allah..Sesungguhnya Allah lebih  mengetahui apa yang di aturkanNYA. Berkenalan dengan nya membuatkan diriku terasa kelainannya...Tak tahu kenapa, rasa macam dibimbing ke arah mencari keredhaanNYA.  Tetapi banyak benda yang harus ditempuhi. Kekurangan diriku sangat terasa. Tetapi aku bersyukur ditemukan dengannya..

Banyak benda yang kami kena pelajari.. Teguran yang diberikan untuk kebaikan...Sesungguhnya kami sedang belajar memperbaiki diri sendiri...Diharap, kami dapat memperbaiki diri sendiri dan hubungan kami akan terus mekar.. Yang penting kali ini aku telah memperkenalkannya kepada orang tua ku. Semoga doa dan keredhaan orang tua ku akan mengubah kehidupan kami kepada yang lebih baik dan semoga hubungan ini berkekalan... Tak lama lagi aku akan ke rumah orang tuanya...tapi tak tahu lagi bila... Yang penting aku mendapat restu orang tua ku dulu... Doa seorang ibu sangat makbul...Semoga semuanya baik-baik belaka...

Ape pun aku gembira dengan kehidupan sekarang...Walaupun perkenalan kami sangat singkat diharap doa orang tua dan orang sekeliling akan mengeratkan hubungan kami serta mendapat keredhaan Allah..

*Mood>> Rasa macam cinta orang dulu-dulu pulak...hahaha....

ieykin heliotropism
Smile always even in the grief ^_^
9 Sept 2012, Ahad
6.01 petang

Monday, August 27, 2012

Pengakhiran Ogos 2012

Hampir penghujung Ogos 2012, update terbaru untuk diri sendiri, luahan rasa  sekali sekala. Pertama sekali, ingin diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua keluarga, sanak saudara, guru-guru, kawan-kawan serta semua muslim. Raya tahun ini aku lebih banyak beraya bersama kaum keluarga dan rakan taulan. Walaupun aku dah bukan dengan dia, tetapi aku tetap beraya dengan dia bersama rakan-rakan yang lain.  Alhamdulilah raya tahun ini sangat gembira dan seperti biasa jadual sangat penuh selama seminggu.  Walaupun keletihan, tetapi aku sangat bahagia dan gembira.

Bila berbicara pada bulan ramadhan, rezeki semakin bertambah. Aku juga sudah mulakan perniagaan kecil-kecilan..Amal ibadah di buat secara bersederhana. Sokongan padu rakan-rakan serta keluarga menguatkan aku meneruskan kerjayaku...

Mengenai perhubungan aku, alhamdulillah sekarang ini semakin redha, kehadiran sahabat-sahabat baru menggembirakan aku dengan berkongsi kisah mereka.. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang..korang memang terbaik. Cuma, ada seorang telah mengetuk hati aku yang membatu ini..tapi masing-masing mengharapkan keredhaanNya. Diharapkan berkekalan, tiada harapan mendalam, cuma biarlah Allah yang tentukan. Sama-sama belajar untuk mencari keredhaannya. masih banyak perkara yang mesti dibelajar. Biar masa yang menentukannya.

Apapun aku semakin gembira dan mencari hikmah yang akan berlaku. Semoga semuanya baik-baik belaka..Amin

Ieykin Heliotropism
28 Ogos 2012
1.16 pm
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia, Semoga aku juga akan memerdekakan diri aku  ^_^
Smile Always even in the grief ^_^

Sunday, July 29, 2012

Pengakhiran Julai

Sedar tak sedar dah masuk penghujung bulan Julai...Bulan Ramadhan pun dah masuk hari ke 10 dah...Kehidupan masih seperti biasa...mungkin terdapat sedikit perubahan kerana kesibukan kerja dan duniawi... Di sepanjang bulan barakah ini, aku harapkan ada sinar baru dalam hidup ini, segala doa yang aku panjatkan di harapkan tercapai...

Ya Allah, aku panjatkan kesyukuran dengan ape yang Engkau berikan...Dan aku doakan agar ada sinar baru dalam hidup ini..

Penantian suatu penyiksaan..

Aku nak tidur dulu..Esok nak puasa dan nak bangun sahur..

Ieykin Heliotropism
30 Julai 2012, 1.54 am

Smile even in the grief ^_^

Monday, June 25, 2012

Kehidupan 1/2 tahun bagi tahun 2012

Jun semakin hampir penggujungnya....Julai 2012 akan menjelang tiba. Tahun 2012 merupakan tahun yang agak berat dugaan bagi kehidupan ini. Mungkin usia kian mengingkat, dugaan juga makin meningkat. Setengah tahun bagi tahun ini merupakan kehidupan membina kerjaya, cita-cita dan hubungan.

KERJAYA=Baru membina kerjaya setelah tamat pengajian. Pekerjaan sekarang ini merupakan pekerjaan tetap pertamaku setelah bekerja sementara di National Cancer Society Malaysia (NCSM), dan Pej. UMNO Beruas. Sekarang aku bekerja di Malaysian Council for Tobacco Control (MCTC).  Baru dua bulan aku ditempat baru aku. Pelbagai pengalaman telah aku pelajari di sana. Banyak pengalaman baru, maklum saja lah, aku seorang sahaja pekerjanya.  Semua perkara aku buat sendiri dengan bantuan Dr. Molly & Tn. Hj. Shaari.

CITA-CITA=Disamping membina kerjaya di MCTC, aku juga mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajian dalam MASTER. Tapi bukan dalam masa terdekat. Jika diizinkan Allah, aku ingin melanjutkan pengajian pada tahun hadapan jika modal dan rezki dari NYA.

PERHUBUNGAN=Perhubungan kekeluargaan sangat erat terutama mak ku yang berada di kampung halaman. Setiap dua minggu sekali aku akan menjengahnya ke kampung kalau ada rezki dan tidak bekerja. Al maklumlah rindu kepada mak & kampung halaman sangat terasa. Perhubungan sesama rakan-rakan bertambah erat setelah apa yang berlaku kepada diriku. Jika ditanya berkenaan Jodoh, biarlah Tuhan yang menentukannya..Aku redha dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Walaupun berat bagi diriku menerimanya..tetapi itulah hakikat yang tak mungkin boleh diubah.

KEHIDUPAN=Pencarian kehidupan masih dicari dan diteruskan.  Bila dikaji kehidupan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. tapi bila dikaji apa yang terjadi dengan diri ini, mungkin semunya kebetulan. Kenapa aku berbicara tentang ini kerana angka 5 cukup sinonim dengan diri ini, no yang membawa pelbagai dugaan. Entahla, aku tidak percaya dengan semua itu walaupun semuanya terjadi berteraskan angka 2, semuanya kebetulan.  Aku percaya, Allah tidak akan menguji umatnya sekiranya umatnya tidak mampu hadapinya..Allah uji umatnya kerana Dia sayang umatnya dan pasti umatnya pasti mampu menghadapinya dengan tenang dan sentiasa ingat kepadanya.  "Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat kurniaan rezekiMu ini dan Ujian yang telah berikan kepadaku. Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku." AMIN


Ieykin Helio
Dah mengantuk dan ada orang kacau kat sebelah ni...Nanti baru sambung lain..Idea pun dah tak ada dah..hihihi ^_^

Smile even in the grief... ^_^

25 Jun 2012 Isnin 10.43malam

Saturday, May 19, 2012

something missing

someting missing... ^_^'

Smile even in the grief..thanks sebab buat macam nie... -_-

ieykin...
19 Mei 2012
5.52pm