Bila berbicara pada bulan ramadhan, rezeki semakin bertambah. Aku juga sudah mulakan perniagaan kecil-kecilan..Amal ibadah di buat secara bersederhana. Sokongan padu rakan-rakan serta keluarga menguatkan aku meneruskan kerjayaku...
Mengenai perhubungan aku, alhamdulillah sekarang ini semakin redha, kehadiran sahabat-sahabat baru menggembirakan aku dengan berkongsi kisah mereka.. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang..korang memang terbaik. Cuma, ada seorang telah mengetuk hati aku yang membatu ini..tapi masing-masing mengharapkan keredhaanNya. Diharapkan berkekalan, tiada harapan mendalam, cuma biarlah Allah yang tentukan. Sama-sama belajar untuk mencari keredhaannya. masih banyak perkara yang mesti dibelajar. Biar masa yang menentukannya.
Apapun aku semakin gembira dan mencari hikmah yang akan berlaku. Semoga semuanya baik-baik belaka..Amin
Ieykin Heliotropism
28 Ogos 2012
1.16 pm
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia, Semoga aku juga akan memerdekakan diri aku ^_^
Smile Always even in the grief ^_^

No comments:
Post a Comment