widget

Monday, August 27, 2012

Pengakhiran Ogos 2012

Hampir penghujung Ogos 2012, update terbaru untuk diri sendiri, luahan rasa  sekali sekala. Pertama sekali, ingin diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua keluarga, sanak saudara, guru-guru, kawan-kawan serta semua muslim. Raya tahun ini aku lebih banyak beraya bersama kaum keluarga dan rakan taulan. Walaupun aku dah bukan dengan dia, tetapi aku tetap beraya dengan dia bersama rakan-rakan yang lain.  Alhamdulilah raya tahun ini sangat gembira dan seperti biasa jadual sangat penuh selama seminggu.  Walaupun keletihan, tetapi aku sangat bahagia dan gembira.

Bila berbicara pada bulan ramadhan, rezeki semakin bertambah. Aku juga sudah mulakan perniagaan kecil-kecilan..Amal ibadah di buat secara bersederhana. Sokongan padu rakan-rakan serta keluarga menguatkan aku meneruskan kerjayaku...

Mengenai perhubungan aku, alhamdulillah sekarang ini semakin redha, kehadiran sahabat-sahabat baru menggembirakan aku dengan berkongsi kisah mereka.. Tak lupa juga sahabat-sahabat yang sentiasa bersama aku ketika susah dan senang..korang memang terbaik. Cuma, ada seorang telah mengetuk hati aku yang membatu ini..tapi masing-masing mengharapkan keredhaanNya. Diharapkan berkekalan, tiada harapan mendalam, cuma biarlah Allah yang tentukan. Sama-sama belajar untuk mencari keredhaannya. masih banyak perkara yang mesti dibelajar. Biar masa yang menentukannya.

Apapun aku semakin gembira dan mencari hikmah yang akan berlaku. Semoga semuanya baik-baik belaka..Amin

Ieykin Heliotropism
28 Ogos 2012
1.16 pm
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia, Semoga aku juga akan memerdekakan diri aku  ^_^
Smile Always even in the grief ^_^