widget

Monday, February 28, 2011

Kuala Lumpur 1 Mac

Pagi yang begitu indah pagi ni. Bangun seawal 6.50 pagi. Setelah selesai solat subuh, saya pun pergi bersiram untuk ke tempat kerja. Yang menariknya ini kali kedua saya menaiki LRT dan Monorail ke tempat kerja.
Setelah bersiap, saya pun berjalan kaki ke LRT sentul, suasana sunguh tenang. Cuma segelintir orang berjalan dengan pantas.Saya berjalan dengan relex memandangkan masih ada masa untuk ke tempat kerja. Setelah menaiki LRT Sentul menuju ke Titiwangsa, orang tidaklah begitu ramai. Setibanya di Stesen Monorail Titiwangsa ramai orang ingin menaiki pengangkutan awam itu.Yang membuatkan saya kagum ialah semua orang berbaris ketika menunggu di hentian Monorail. Saya begitu kagum kerana bukan negara luar sahaja yang boleh berbaris, tetapi di KL juga orang mempunyai etika ketika menaiki kenderaan awam..teringat saya ketika di bangku sekolah rendah..letak la beg sebagai tanda untuk berbaris sementara mengunggu bas sampai..masa di sekolah menengah, sape balik sekolah dulu dia la dapat naik cepat..disebabkan bas sudah tunggu di hadapan sekolah..bila naik kenderaan awam, sama juga cuma ada berebut sikit-sikit je..huhuhu ^_^ masuk ke universiti sama juga kejar bas sebab nak ke kelas..hihih ^_^
Dah merepek da saya ni..fokus utama bangga melihat semua orang berbaris untuk menaiki kenderaan awam di Monorail Titiwangsa..setelah sampai di hentian Chow Kit saya pun turun dan berjalan kaki ke tempat kerja. Letih juga kerana lama tidak menapak. Setelah sampai di pejabat, rupa-rupanya saya dah terlewat 5 minit,,hihihi ^_^
kerja punya kerja da masuk "Lunch Time" ^_^
Saya berjalan membeli makanan...TIBA-TIBA......
kasut saya da lekang la pulak...dah jadi macam mulut buaya..nasib ada tukang kasut kt Medan Selera tu..saya beli makanan dan pebaik la kasut. khusyuk saya tengok pak cik tu betulkan kasut saya. Memang best, sempat saya bertanya apakah benda itu yang rupanya seperti tempat masukan kasut itu..pak cik tu cakap tu la nama dia kaki tiga...da macam jenama pulak..cap kaki tiga..hihih..
GEMBIRA saya pulang ke pejabat dengan kasut yang telah di gam itu...tidak malu n berasa risau takut hujan..sebab sudah 3 hari KL hujan lebat bila waktu petang...TERIMA KASIH PAKCIK...sebab betulkan kasut saya dan harganya bergitu murah..RM2 je.. ^_^
K la, da jam 2 petang...saya nak sambung kerja balik...
~merepek~

No comments:

Post a Comment