widget

Saturday, May 19, 2012

something missing

someting missing... ^_^'

Smile even in the grief..thanks sebab buat macam nie... -_-

ieykin...
19 Mei 2012
5.52pm

Friday, May 18, 2012

Happy birthday Ieykin

Dua hari yang lepas adalah hari lahirku...oh singkatnya masa berlalu da 1/4 abad aku dalam kehidupan dunia ini..tahun ini aku hanya menyambut hari lahirku bersama teman2 rapat sahaja...Aku memanjatkan kesyukuran kerana aku masih mempunyai kawan-kawan rapat seperti Dina, Jenny dan Dayah di KL ni...Kalau di kampung masih ada kawan-kawan yang baik seperti Ella, Imah, Ani dan sepupu, mak sedara, dan mak..orang-orang ini lah yang banyak menggembirakan aku ketika aku suka dan duka...terima kasih semua..Doa sempena hari lahir ini:

Ya Allah, Engkau berikan lah hambamu ini kekuatan mengharungi dunia yang penuh cabaran. Permudahkanlah segala urusan, kurniakanlah rezki yang halal, kesihatan yang baik, kurniakanlah hidayah dan iman serta Engkau tenangkanlah hati hambamu ini. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan selama ini..Nikmat kesihatan, kebahagiaan, kehidupan dan segala nikmat yang nampak mahu pun tidak... Ya Allah, Aku sayangkan orang-orang disekelilingku...kurniakanlah semua orang yang aku sayang nikmatmu yang tidak terhingga...sesungguhnya aku tidak mampu untuk melihat mereka-mereka bersedih..berilah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat..AMEEN..

ieykin
19 Mei 2012 (Sabtu(
9.44 pg
Always Love Uall
"always smile even in the grief"

Selamat hari lahir IeYkin dan tak lupa buat ELLA & MiDaH

Terima Kasih Sahabat...Sedap Kek..Sampai Menjilat Jari..Nyum3

Saturday, May 5, 2012

MARATON MY BFF E-DAY & HARI MERISIK

Minggu lepas 28 & 29 April 2012 dua orang kawan aku telah bertunang dan dirisik...Aku tumpang gembira buat kalian...Pertama sekali, semestinya aku balik kampung untuk meraikan selangkah hari bahagia kawan-kawanku ini..Sayang sekali aku tidak dapat cuti pada 30 Apr. Al-maklumlah baru kerja, da mintak cuti..hihih..mmg la tak dapat.. ^_^ Aku balik kerja hari jumaat, jumpa seseorang yang dah lama aku tak jumpa dan aku trus balik kampung..Aku sampai ke kampung dalam jam satu pagi...kira ok la tu...

28 April 2012 (Sabtu)
Majlis Pertunangan Diyana
Lokasi: Kuala Kangsar Perak

Aku hadir lewat ke rumahnya seperti yang dijanjikan..hihih...aku memang suka terlewat...tapi terlewat-lewat aku pihak lelaki belum hadir lagi...Kemeriahan majlis pertunangan Dina&Jenny amat dirasai...Pelamin kecil berwarna terquois sangat cantik..Senyuman dan debaran Dina semakin dirasai..setibanya aku ke kamar persalinan...menjerit-jerit keriangan berjumpanya dan Nisah...pelbagai gosip diceritakan..kehadiran kawan-kawan seperti aku dan Nisah mengurangkan debaran Dina..tambahan pula waktu Zohor telah pun masuk dan rombongan pertunangan tidak datang lagi..jam hampir menunjukkan jam 3.00 petang, rombongan tidak datang lagi...bertalu-talu aku telefon Jenny...katanya dia menunggu bapa saudaranya di simpang Karai..Walaupun seketika pernantian rombongan lelaki...tetapi rasanya...mak oi..lama tu...Akhirnya rombongan lelaki sampai...perbincangan mengenai wang hantaran dan mas kahwin serta tempoh pertunangan telah dipersetujui...TAHNIAH DINA&JENNY korang telah selamat ditunangkan... ^_^ aku tumpang gembira sebab kedua-duanya sahabat aku..

Pasal hantaran sembilan berbalas lima tak salah biru terquois vs pink, hitam, putih....Semuanya manis-manisan... Hantaran sebanyak RM11,000.00 dan Mas Kahwin RM 1,001.00. Tempoh Pertunangan: 1 tahun..








SEMOGA KALIAN BAHAGIA SELAMANYA..... ^_^ TAHNIAH..

29 April 2012 (Ahad)
Majlis Merisik Nazatul Shella
Lokasi: Kg. Paya Nibong, Ayer Tawar Perak

TAHNIAH Ella&Azmi

Majilis telah berlangsung selepas Zohor di rumah Ella...Seperti biasa aku adalah orang yang lewat dikalangkan sahabatku di kampung..tp syaratnya aku mesti la datang sebelum tetamu jemputan datang...hihihih....Manu makanan mee rebus n wadai kipeng...oohh bestnye banjarian food... Beberapa kejadian tidak diingini berlaku iaitu aku la runner terhebat..pergi beli kek di pekan apabila pihak lelaki membawa kek..oooo....

setelah beberapa perbincangan mengenai bakal majlis petunangan dibuat dan makanan telah dimakan sebakul buah dan kek dijadikan buah tangan untuk di bawa pulang...

Semoga BERBAHAGIA untuk Ella n Azmi... Aku tunggu majlis tunang korang... ^_^

Selesai majlis...aku pulang ke rumah dan bertolak pulang ke KL selepas Magrib...

Walaupun penuh jadualku semasa hari minggu ini..namun aku puas...sempat juga membawa mak ku ke lumut untuk melihat Pesta Laut Lumut...kepulangan yang memuaskan.... ^_^

Sorry...tak ada gambar untuk upload di majlis ella ini... 

ieykin helio... ^_^
SMILE..even in the grief...
6/5/2012 11.40 pagi