Welcome to my blog again....^_^
Dah lama aku tak tulis blog... maklum la... busy dengan pelbagai acara dan aturan hidup nie...
Acara cuti sekolah nie..aku blik kampung minggu lepas...tapi hari sabtu tadi.. aku ke acara RELAY FOR LIFE MALAYSIA MELAKA (RFL).
RFL adalah acara bagi menyokong para pesakit kanser. Dengan slogan CELEBRATE, REMEMBER AND FIGHT BACK, kita akan bersama-sama meraikan dan menyokong pesakit kanser dalam melawan penyakit yang merka hadapi. Dengan berjalan selama 16 jam di litar yang disediakan, ia merupakan satu perkara yang sangat MENARIK...
Pada 4 dan 5 Jun 2011, Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit Melaka bermula dari jam 6.00 petang dan berakhir pada 10.00 pagi keesokan harinya...Pelbagai acara diadakan seperti berjalan bergilir-gilir selama 16 jam tanpa henti, persembahan pentas, pameran-pameran, berkemah, acara padang seperti pagi buta hunt, bawa bola pingpong dalam sudu dan banyak lagi...setiap peserta mencari keseronokan masing-masing bersama-sama keluarga dan kawan-kawan...
acara paling menyedihan adalah acara luminaria and silent walk... berjalan bersama-sama pesakit kanser merupakan acara paling sedih...mendalami perasaan mereka...tetapi, mereka sangat tabah menghadapinya...disamping berhibur, kita juga akan memberi sedikit sumbangan kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia untuk acara yang akan datang..
SERONOK BERADA DI RFL selama dua hari.. Diharap RFL MALAYSIA KUALA LUMPUR yang akan diadakan pada 16 dan 17 Julai 2011 di Stadium UKM, Bangi akan ada lebih ramai pengunjung... ^_^
Jumpa di RFL KL ^_^
ieykin ^_^
