4 March 2010,
Setelah solat subuh pada jam 6.45 pagi, saya pun membuat hajat besar di tandas di rumah saya....tiba-tiba.... tiada air untuk menyucikannya...apa lg, gelabah la saya..OMG!! air tak ada...saya pun pergi ke dapur mengambil air mineral untuk menyucikannya...nasib baik boleh tarik air tandas tu lagi..
selepas menyucikannya, saya memberitahu rakan saya Dina..Bahawa tiada air di rumah...macam mana nak mandi ni...ALAMAK...Dengan pantasnya rakan saya bangun dan berfikir...macam mana nak mandi?? nak gi kerja ni?? Saya pun cadangkan bawak baldi ambil air RO kat bawah.. setelah bersetuju...TIBA-TIBA..
Kami buka pintu rumah..dan melihat ada 1 lagi mangga EXTRA..
Dina : Budget-budget akak nak kunci lagi satu..bukan nak gi mana pun..
saya : Tau tak pe...budget-budget la..jap aku gi tanya akak jap..
Saya pon ketuk la bilik akak tu..TOK..TOK..TOK... "kak ooo kak...." akak tu pun keluar dan bertanya kenapa..saya bertanya mengenai kunci tu.."Akak...datang mana mangga kuning tu? saya tak da kunci untuk mangga tu..." akak tu pun jawab.."mangga mana? mana ada akak letak mangga..mangga biasa je la akak guna.."" HAbis mangga 2?"
ALAMAK!! Ya Allah, sapa la yang dengki sangat sampai mangga kite kt dalam rumah ni...semua orang membuat spekulasi masing-masing... Untuk keluar, Dina telah mengambil lesung batu untuk mengetuk mangga itu.. KECOH pagi tu..sehingga orang depan rumah terjaga..dan bertanyakan kenapa? Lantas jiran yang berbangsa india luar negara yang wajahnya seperti amir and salman khan tu menolong untuk pecahkan kunci tersebut..Mereka ambil batang besi untuk patahkan mangga itu....sampai luka-luka tangan mereka..(TERIMA KASIH JIRAN)..kesian kt jiran-jiran pukul 7 pagi dah dikejutkan dengan bunyi bising..selepas itu, dengan muka yang malu..kami mintak 3 baldi air untuk mandi..disebabkan rumah mereka ada air paip..
Tidak lama kemudian, rakan akak tu datang untuk berikan pertolongan, kami bercerita semuanya...pasal rumah depan ada air n rumah kami tiada air...dia pun pergi ke paip utama rumah, TIBA-TIBA rupanya ada orang yang tutup paip air utama rumah kami...TAK TAU LA MANUSIA MANA YANG DENGKI SANGAT TU...kami pun terus mandi untuk ke tempat kerja....
Elok je nak ke tempat kerja, kawan saya ingin memakai seliparnya...TIBA-TIBA....EEEEEYAKKKK....
"apa basah kaki aku ni!!!" dia pun pergi basuh kaki.. dia cakap tu kencing orang...eeeee...pengotor gila orang tu..siapa la yang SABOTAJ DAN DENGKI tu..sedangkan kami tidak kenal orang di kawasan Kuala Lumpur dan Sentul...
Kawan saya pun buang selipar itu dan kami ke tempat kerja..
Cuma kami boleh berdoa semoga kejadian seumpama ini tidak akan terjadi lagi...
